Ismail Rank

Minggu, 23 Agustus 2009

Ubay ibn Ka'ab

Ubay ibn Ka'ab merupakan seorang dewasa dari golongan Ansar yang berasal dari suku kaum Khazraj. Nama gelaran beliau adalah Abu Mundhir. Beliau wafat ketika zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin ketiga iaitu Uthman bin Affan.

Kehidupannya

Ubay adalah seorang pemuda yang rajin menuntut ilmu dan merupakan salah seorang dari penulis wahyu yang terkemuka ketika zaman Nabi. Umar Al-Khattab mengatakan tentang kearifan Ubay dalam kata-katanya seperti berikut:

"Wahai Manusia! Barangsiapa yang ingin bertanya tentang Al-Quran, tanyalah kepada Ubay ibn Ka'ab."

Jasa dan perjuangannya

Selain khidmatnya kepada Nabi sebagai penulis wahyu, Ubay juga dilantik ahli Majlis Syura yang mana ketika itu bertindak sebagai penasihat kepada Khulafa al-Rasyidin. Majlis Syura ketika itu dianggotai oleh para sahabat Nabi yang paling terkemuka iaitu Abdur Rahman ibn Auf, Muaz ibn Jabal dan Zaid ibn Harithah.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sahabat_nabi


Tidak ada komentar:

Posting Komentar