Ismail Rank

Senin, 24 Agustus 2009

Huzaifah Al-Yamani

Huzaifah Al-Yamani bahasa Arab: حذيفة بن اليمان‎ adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w.

Ayah Huzaifah, Al-Yaman adalah seorang penduduk Makkah dari suku Abs. Kemudian Al-Yaman berpindah ke Yathrib dan menjadi sekutu kepada suku kaum Bani Al-Ashal. Ibunya pula berasal dari suku kaum ini.


Zaman Nabi

Digelar sebagai "Penyimpan Rahsia Nabi". Ketika Perang Khandaq, Nabi S.A.W mengarahkan beliau menjadi perisik untuk mengetahui strategi musuh tentera Islam pada ketika itu iaitu kaum Quraisy. Namun, beliau mengambil tindakan nekad dengan menyamar sebagai salah seorang tentara musuh. Tindakan ini membantu tentera Islam setelah mendapat maklumat musuh dari Huzaifah.

Zaman Umar Al-Khattab

Ketika zaman pemerintahan Umar Al-Khattab, beliau dilantik sebagai panglima perang untuk membantu Nu'man ibn Muqarrin dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Nihawand. Berikutan gugurnya Nu'man ibn Muqarrin di dalam peperangan dan dengan kemenangan tentera Islam di Nihawand, beliau dilantik menjadi gabenor Kufah dan Mada'in seterusnya menjadi wakil khalifah di tanah Parsi.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Huzaifah_Al-Yamani

Tidak ada komentar:

Posting Komentar