
Abu-Musa Abd-Allah bin Qays al-Ash'ari, lebih dikenali sebagai Abu Musa Al-Asya'ari (bahasa Arab: أبو موسى الأشعري). merupakan seorang sahabat Nabi yang berasal dari Yaman. Sesuai dengan perwatakan orang Yaman, sifat Abu Musa lembut, berhemah dan halus budi pekertinya. Kerana itu dia digelar As-Sya'ariyyah atau Abu Musa Al-Asya'ari.
Kehidupannya
Abu Musa sangat dihormati oleh umat Islam ketika itu. Kecerdasan akalnya dan pertimbangan ketika memutuskan hukuman dan keputusan memenuhi kehendak syarak. Orang ramai mengatakan:
- "Hakim di kalangan ummah ini ada empat orang iaitu Umar Al-Khattab, Ali bin Abi Thalib, Zaid ibn Thabit dan Abu Musa Al-Asya'ari."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar