Ismail Rank

Sabtu, 29 Agustus 2009

Abdullah ibn Abbas



`Abd Allah ibn `Abbas (bahasa Arab: عبد الله ابن عباس‎) dilahirkan tiga tahun sebelum Hijrah. Ayahnya bernama Abbas bin Abdul Muttalib dan ibunya pula bernama Lubabah binti Harith. Ini bermakna Abdullah merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad S.A.W. Berasal dari kota Makkah.


Kehidupannya

Berkat doa Rasulullah kepadanya, Abdullah menjadi seorang pemuda yang terpelajar dan bijak di kalangan para sahabat yang seusia dengannya dan dia juga dikenal pandai berdiplomasi.

Jasa dan perjuangannya

Antara jasanya yang dikenang ialah Abdullah mampu meredakan keadaan umat Islam selepas Perang Siffin di mana segelintir tentera Islam yang berpihak kepada Ali bin Abi Thalib merasa tidak puas hati akan keputusan tahkim yang dijalankan antara Amru Al-Ash dengan Abu Musa Al-Asya'ari.

Berkat kecerdasan otak beliau, Abdullah berhasil mengamankan keadaan umat Islam, walaupun untuk seketika.

Beberapa orang keturunan beliau berusaha untuk membina sebuah kerajaan baru setelah Kerajaan Bani Ummaiyyah dilihat agak tersasar dari matlamatnya. Kemudian lahirlah sebuah kerajaan yang mengambil sempena namanya yaitu Daulah Bani Abbasiyyah.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_ibn_Abbas

Tidak ada komentar:

Posting Komentar