
Menurut riwayat, pernikahan Abdul Muttalib dan Abdullah bin Abdul Muttalib terjadi bersamaan waktunya, dan ibu dari Nabi, Aminah binti Wahab, adalah sepupu kepada Haulah binti Wuhaib. Tubuhnya tegap dan suka memakai bulu burung di topi kepalanya.
Kehidupannya
Hamzah merupakan seorang ahli sukan, pakar memanah dan pakar menunggang kuda. Kerana karismanya, beliau begitu dihormati di kota Makkah termasuk salah seorang kawan rapatnya yang juga saudaranya Abu Jahal. Dia juga dikenali sebagai "Singa Allah" (bahasa Arab: أسد الله) kerana keberaniannya.
Jasa dan perjuangannya
Hamzah terlibat dalam dua peperangan yaitu Perang Badar dan Perang Uhud. Ketika perang Badar, Hamzah berhasil membunuh dua orang bangsawan Quraisy yaitu Utbah dan Shaibah.
Pada waktu peperangan di Uhud, Hamzah gugur sebagai syuhada akibat lemparan lembing yang dilemparkan oleh Wahsyi, seorang Quraisy yang berkulit hitam.http://ms.wikipedia.org/wiki/Hamzah_bin_Abdul_Muttalib
Tidak ada komentar:
Posting Komentar