Ismail Rank

Sabtu, 29 Agustus 2009

Amr al-Aas


Amr al-As (juga dieja Amru al-As) dilahirkan pada 583 M. Berasal dari suku kaum Bani Sahm, ibunya bernama Laila binti Harmalah. Ibunya pada waktu di antara wanita tercantik dan dikatakan pernah membuat hubungan sulit dengan Abu Jahal,Umayyah bin Khalaf,As bin Wail, dan Abu Sufyan . Apabila Amr dilahirkan maka ibunya mengumumkan bahawa Amr anak kepada As bin Wail . Namun Abu Sufyan mengatakan bahawa Amr itu anaknya, ini kerana wajah Amr mirip dengan rupanya . Kerana itulah Amr org kuat menyokong Muawiyah bin Abu Sufyan(anak kepada Abu Sufyan) . Amr juga mempunyai anak yang juga sahabat Nabi yang bernama Abdullah ibn Amru.
Kehidupannya

Sebelum memasuki Islam, Amr merupakan seorang peniaga yang selalu mengikuti rombongan perniagaannya di sekitar Syam dan Damsyik.

Beliau masuk Islam bersama-sama Khalid Al-Walid setelah melihat kejayaan tentera Islam memenangi hati seluruh penduduk semenanjung Arab.

Pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin ketiga iaitu Uthman bin Affan, beliau dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Mesir.

Ketika zaman pemerintahan Ali bin Abi Thalib, beliau menyebelahi Gabenor Syam iaitu Muawiyah bin Abu Sufyan untuk bangkit menentang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin keempat itu yang membawa kepada Perang Siffin.

Selepas Muawiyah berjasa menubuhkan Daulah Bani Ummaiyyah, beliau dilantik semula sebagai gabenor di Mesir.

Jasa dan perjuangannya

Beliau merupakan salah seorang daripada tulang belakang tentera Islam dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine. Kelebihannya sebagai seorang ahli politik Arab banyak menyumbang kepada kemenangan tentera Islam ketika melakukan tipu helah, terutamanya ketika berdialog dengan para panglima tentera Rom dan merisik kekuatan dan kelemahan tentera Rom.

Kemuncak kejayaannya apabila Amru dapat menyebarkan Islam di bumi Mesir dan seterusnya beliau dilantik oleh Umar Bin Khattab untuk menjadi gubernur di sana

http://ms.wikipedia.org/wiki/Amr_al-Aas

Tidak ada komentar:

Posting Komentar