
Pada masa remajanya Abdullah merupakan seorang penggembala kambing. Setelah kejujurannya dikenalpasti oleh Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar, Abdullah menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai pembantu peribadi baginda.
Ketika menuntut ilmu, Abdullah amat tekun sehingga baginda bersabda dalam hadithnya yang bermaksud :
- "Pelajarilah Al-Quran daripada empat orang ini iaitu Abdullah ibn Mas'ud, Salim Maula Abi Huzaifah, Ubay ibn Ka'ab dan Muaz ibn Jabal".
Memegang jawatan sebagai pentadbir awam di masa pemerintahan Umar Al-Khattab dan Uthman bin Affan. Bakat kepimpinannya setanding dengan seorang sahabat Nabi lainya yang terkemuka yaitu Muhammad ibn Maslamah.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_ibn_Mas%27ud
Tidak ada komentar:
Posting Komentar