Ismail Rank

Sabtu, 29 Agustus 2009

Abdullah ibn Zubair


Abdullah ibn Zubair (bahasa Arab: عبد الله بن الزبير‎) lahir pada tahun pertama Hijrah (624 - 692). Kelahirannya bersama seorang lagi sahabat iaitu Nu'man ibn Basyir pada tahun yang sama berjaya menyangkal fitnah orang Yahudi Madinah.

Beliau juga adalah anak pasangan dua orang sahabat besar Nabi yaitu Zubair ibn Awwam dan Asma binti Abu Bakar.


Jasa dan sumbangan

Abdullah ibn Zubair telah banyak kali mengikut bapaknya dalam ekspedisi perang terutamanya dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine.

Karisma dan ketokohannya dalam kepimpinan membolehkan beliau dilantik sebagai khalifah di atas kerajaan yang dibinanya sendiri yang berpusat di Hijaz, sehinggakan kerajaan Bani Ummaiyyah ketika itu di bawah pemerintahan Yazid bin Muawiyah dan Marwan bin al-Hakam tergugat dan banyak wilayah telah jatuh ke dalam kekuasaan Abdullah ibn Zubair.

Kematiannya

Beliau terkorban ketika memimpin tenteranya dalam peperangan menentang tentera kerajaan Bani Ummaiyyah pimpinan Hajjaj ibn Yusuf di bawah pemerintahan Abdul Malik bin Marwan. Sejurus sebelum kematiannya, beliau sempat meminta nasihat dan teguran daripada ibunya iaitu Asma binti Abu Bakar dalam mengukuhkan pertahanan tenteranya di dalam Masjidil Haram, Makkah.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_ibn_Zubair


Tidak ada komentar:

Posting Komentar