Ismail Rank

Minggu, 23 Agustus 2009

Salman Al-Farisi

Salman Al-Farisi : سلمان الفارسي Salman Farisi; bahasa Parsi: Salman e Farsi) adalah salah satu dari sekian banyaknya Sahabat Nabi.

Sabda Rasulullah S.A.W

" Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi."

Sebagai seorang sahabat akrab, Salman merupakan seorang tokoh yang paling menonjol serta sangat disayangi oleh Rasulullah s.a.w disebabkan kerana keberanian, keikhlasan serta sifat zuhudnya terhadap kesenangan dunia. Salman Al Farisi juga terkenal sebagai seorang Mukmin yang kuat beribadat, bersifat rendah diri dan tidak tertarik pada kemewahan dan kesenangan.

Kehidupannya

Salman Al-Farisi asalnya seorang beragama Majusi yang kemudian memeluk agama Nasrani . Beliau telah pergi ke negeri Syam dan kemudian ke Yathrib atau Madinah untuk mencari kebenaran. Ketika mula masuk Islam, Salman menjadi hamba. Kemudiannya Rasulullah s.a.w telah menganjurkan sahabat agar membebaskan .

Beliau terkenal kerana sifat takwa dan zuhudnya. Beliau pernah hidup serumah dengan Abu Darda' yang terkenal sebagai seorang ahli sufi.

Selanjutnya Salman Al-Farisi terkenal sebagai tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan Hadith dari Rasulullah S.A.W kerana beliau adalah seorang sahabat yang banyak bergaul dengan baginda. Beliau telah hidup di zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan khalifah Islam yang ketiga iaitu Saidina Uthman bin Affan.

Jasa-jasanya

Beliau telah memainkan peranan yang penting ketika berlakunya Perang Khandaq. Ketika itu beliau telah mencadangkan supaya kaum Muslimin menggali parit di sekeliling kota Madinah yang sedang diancam oleh tentera Musyrikin Makkah serta kaum Yahudi yang khianat.

Atas cadangan Salman, tentera Islam berjaya bertahan dari dalam kota Madinah dan Abu Sufyan Al-Harb selaku ketua pihak Musyrikin ketika itu telah mengepung daerah pertahanan Madinah dengan anak buahnya selama sebulan terpaksa berundur setelah kehabisan bekalan selain daripada angin taufan dan pergolakan dalaman para tentera Musyrikin.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sahabat_nabi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar