Ismail Rank

Minggu, 23 Agustus 2009

Mus'ab ibn Umair

Mus'ab ibn Umair (مصعب بن عمير‎) merupakan seorang pemuda yang berasal dari golongan bangsawan Makkah dan terhormat. Berwajah kacak dan segak, Mus'ab menjadi tumpuan kaum wanita ketika itu. Ibunya bernama Khunnas binti Malik.

Kehidupan

Sebelum memeluk Islam, Mus'ab merupakan golongan cendikiawan Makkah dan sering dijemput ke mesyuarat para pemimpin Makkah yang ketika itu dihadiri oleh Abu Jahal, Abu Sufyan ibn Harb dan para bangsawan yang lain.

Selepas memeluk Islam di tangan Arqam ibn Abi Al-Arqam, Mus'ab kemudiannya bertukar watak menjadi zuhud dan warak.

Antara dugaan beliau adalah mendapat tentangan hebat daripada ibunya sendiri sehinggakan beliau dikurung di dalam rumah dan dijaga oleh pengawal.

Bagi mengelakkan seksaan, Mus'ab berhijrah menuju ke Habsyah sebanyak dua kali.

Jasa dan sumbangannya

Atas jasanya, Mus'ab merupakan perintis kepada para sahabat yang lain dalam proses pemelukan Islam di Madinah. Ramai di antaranya seperti Muaz ibn Jabal, Sa'ad ibn Muaz, Sa'ad ibn Ubadah, Usaid ibn Khudair, Thabit ibn Qais, tiga orang anak lelaki Amru ibn Jamuh dan ramai lagi memeluk Islam atas usaha beliau.

Mus'ab juga terlibat dalam Perang Badar dan Perang Uhud. Dalam Perang Uhud, Mus'ab dipertanggungjawabkan untuk memegang panji Islam. Dalam peperangan tersebut beliau gugur syahid.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Mus%27ab_ibn_Umair

Tidak ada komentar:

Posting Komentar