Ismail Rank

Senin, 24 Agustus 2009

Ja'afar ibn Abi Thalib


Ja'afar bin Abi Thalib (Arab: جعفر ابن أبي طالب) (dikenal juga dengan julukan Jafar-e-Tayyar) adalah putera dari Abu Thalib. Beliau merupakan sepupu kepada Nabi. Jaa'far dibesarkan oleh bapa saudaranya, Abbas bin 'Abdul Muttalib. Ja'afar bin Abi Thalib menikah dengan Asma binti Umais

Kehidupannya


Ja'afar merupakan pemuda Arab dari Bani Hasyim yang hampir serupa dengan Nabi Muhammad, baik dari ciri-ciri fizikalnya termasuk rupa mahupun sifat yang dimiliki. Baginda selalu memanggil Ja'afar sebagai "Bapa orang-orang Miskin", kerana ia selalu menolong dan membantu orang miskin.

Ketika seksaan terhadap umat Islam di kota Makkah semakin hebat, Ja'afar dan isterinya kemudian berhijrah ke negeri Habsyah.

Jasa dan Perjuangannya

Raja negeri Habsyah, An-Najasyi yaitu Ashhamad bin Al-Abjar masuk Islam setelah mendengar akan hujah Ja'afar berkenaan dengan Islam ketika beliau berlindung di Habsyah.

Ja'far bin Abi Thalib kembali pulang dari Habsyah sewaktu penaklukan Khaibar dan ikut menuju Khaibar bersama dengan Abu Musa Al-Asya'ari. Pada tahun ke 8 Hijrah, Ja'afar bin Abi Thalib dilantik sebagai panglima perang kedua selepas Zaid ibn Harithah untuk mengikuti ekspedisi perang Mu'tah melawan tentera Rom Byzantin. Beliau kemudiannya gugur syahid selepas menggantikan Zaid bin Harithah. Tempat beliau diganti oleh seorang lagi sahabat nabi dari golongan Ansar iaitu Abdullah ibn Rawahah yang kemudiannya turut syahid. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ja%27afar_ibn_Abi_Thalib

Tidak ada komentar:

Posting Komentar