
Abu Darda' (bahasa Arab: أبو الدرداء الأنصاري) pada asalnya merupakan seorang penyembah berhala yang menetap di kota Yathrib. Mempunyai seorang isteri yang dipanggil dengan gelaran Ummu Darda'. Abu Darda' merupakan seorang peniaga yang terkemuka di kota Yathrib.
Abu Darda' masuk Islam dengan usaha oleh rakan karibnya yang juga seorang sahabat Nabi S.A.W dari golongan Ansar iaitu Abdullah ibn Rawahah. Setelah masuk Islam, beliau meninggalkan perniagaannya dan menumpukan ibadah kepada Allah S.W.T. Pernah menjadi teman serumah kepada salah seorang sahabat Nabi yang terkemuka iaitu Salman Al-Farisi.
Khulafa al-Rasyidin yang kedua iaitu Umar Al-Khattab ingin melantik beliau sebagai gabenor di Syria namun ditolaknya. Setelah itu, Umar sekali lagi melantik beliau sebagai guru untuk mengajar hal-hal yang berkaitan dengan Islam di Syria.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Darda%27
Tidak ada komentar:
Posting Komentar