Ismail Rank

Senin, 24 Agustus 2009

Muaz ibn Jabal

Mu'az ibn Jabal adalah sahabat nabi yang berbai'at kepada Rasulullah sejak pertama kali. Beliau juga termasuk sebagai salah seorang daripada sahabat Nabi yang pertama kali masuk Islam (Assabiqunal Awwalun). Berasal dari Yathrib.

Atas usaha Mus'ab ibn Umair, Muaz memeluk Islam sebelum peristiwa Hijrah. Beliau memiliki wajah yang tampan, matanya hitam dan berambut kerinting. Di kalangan para penduduk Yathrib, Muaz merupakan seorang pemuda yang bijak.

Kelebihan

Mu'az terkenal sebagai cendekiawan dengan wawasannya yang luas dan pemahaman yang mendalam dalam ilmu fiqh, dan bahkan Rasulullah menyebutnya sebagai sahabat yang paling mengerti yang mana yang halal dan yang haram. Mu'az juga merupakan duta besar Islam yang pertama kali yang dikirim Rasulullah. Hadith baginda mengenai kelebihan Muaz;

"Orang yang paling mengetahui halal dan haram di kalangan umatku adalah Muaz ibn Jabal"

Jasa dan perjuangannya


Pada peringkat awalnya, Muaz dilantik sebagai pegawai Baitulmal dalam menjalankan kerja-kerja membahagikan zakat dan barang keperluan asas di Madinah. Selepas itu, Umar melantik beliau sebagai pasukan bantuan untuk membantu tentera Islam dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine.

Kemudian, akibat jangkitan wabak taun, beliau wafat selepas menggantikan Abu Ubaidah Al-Jarrah yang juga maut akibat wabak tersebut. Ketika itu, tentera Islam sedang berkhemah di sekitar Amawas. Selepas itu jawatannya disandang oleh Amru Al-Ash.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Muaz_ibn_Jabal

Tidak ada komentar:

Posting Komentar