Maleakhi atau Mal'akhi yang bermaksud "Utusan/Malaikatku" adalah seorang
nabi dalam Alkitab, Perjanjian Lama umat Kristian dan Tanakh bagi umat
Yahudi.
Malakhi adalah nabi terakhir dalam 12 nabi-nabi kecil dan
penulis Kitab Maleakhi, kitab terakhir dalam Perjanjian Lama (Mal.
4:4-6) edisi Kristian, dan merupakan kitab terakhir dalam kumpulan
Nevi'im (nabi-nabi) dalam Tanakh Yahudi.
NABI MUHAMAD SAW. DALAM KITAB NABI MALAKHI
Di
dalam kitab Nabi Malakhi ada dinyatakan mengenai Nabi akhir zaman iaitu
Nabi Muhammad S.A.W. pada fasal 3 :1: 2 yang dinyatakan seperti berikut
: "Bahawasanya Aku menyuruh utusanku yang menyediakan jalan dihadapan
hadirat-Ku dan dengan segera akan datang kepada kaabahnya, Tuhan yang
kamu rindukan itu. Bahawasanya ia akan datang, demikianlah firman Tuhan
sarwa sekalian alam. Tetapi siapakah gerangan akan menderita hari
kedatangannya? Dan siapa tahan berdiri apabila kelihatanlah dia? Kerana
iapun akan seperti api pandai emas dan akan seperti sabun binara."
"Akan datang seorang utusan," yang seperti nyala api dan sabun binara.
Kedatangannya dengan membawa anasir-anasir yang panas, keras seperti
sabun binara. Ia tidak datang seperti Yesus (Isa) yang lembut dan "sunyi
senyapnya." Iapun tidak bersikap selemah lembut Yesus, yang mengasuh
umat seperti seekor induk ayam mengumpulkan dan menaungi anak-anaknya.
Alangkah penyabarnya Yesus ini. Tetapi akan orang yang datang sesudah
Yesus itu dengan panas seperti panasnya api pandai emas jua ia membakar
bumi Arabia bahkan sampai ke hujung Hispanola (Sepanyol) dengan seruan
jihadnya yang sangat menggetarkan hati lawannya: "Allahu Akhbar."
Apa
yang dapat disimpulkan di sini ialah kedatangan Nabi Muhammad S.A.W.
memang sudah diramalkan akan berlaku dan baginda akan menyebarkan agama
yang cukup lengkap dan sempurna yakni Islam keseluruh dunia bermula dari
Tanah Arab hinggalah ke seluruh dunia bahkan yang dikatakan hingga ke
Sepanyol itu telah pun berlaku apabila panglima Tariq bin Ziyad telah
berjaya menawan Sepanyol ataupun Al Andalus melalui peperangan jihad dan
seterusnya menyebarkan Islam di wilayah terbabit. Dan memang benar
bahawa seruan Takbir yang dilaungkan oleh para pejuang Islam telah
menggetarkan hati musuh-musuh Islam terutamanya dalam setiap peperangan
jihad.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar